Thursday, July 30, 2009

kehidupan

ada orang buta ... tapi dia boleh berjalan dalam gelap .
ada orang celik.... tapi buta alam baginya gelap.
ada orang bijak..... tapi dalam hidup bodoh.
ada orang bodoh.... tapi hidup bijak mengatur hidup.
ada orang kaya...... tapi miskin papa jiwa.
ada orang miskin ... tapi kaya jiwa.
ada orang cantik..... tapi buruk akhlak
ada orang buruk ..... tapi jiwanya bersih.
apa pun yang diberi pada kita oleh pencipta kaya ,miskin buta atau celik. yang penting bagaimana kita mengucapkan syukur atas pemberian yang tak ternilai (hidup)
apakah ada kuasa untuk memilih .....
apakah kita ada kuasa untuk berkata-kata.......
apakah kita ada kuasa untuk mendengar.......
apakah kita ada kuasa untuk melihat.......
apakah kita ada kuasa untuk berkuasa.....
kita tiada pilihan ........
kita adalah hamba

Monday, July 27, 2009

jasa

kadang-kadang kita rasa kita terlalu berjasa, biarpun jasa yang ditabur sekulit cuma. pelbagai balasan yang ingin kita perolehi, tapi kita tak sedar adakah jasa yang ditabur itu amat berguna kepada sipenerima. adakah itu adalah andaian kita.
kenapa begitu cepat kita inginkan balasan ..... adakah balasan itu dari orang..... tak mungkin yang sebaik balasan adalah dari allah.
kadang kita sedih kerana apa yang kita taburkan hanya cemuhan yang kita terima..... patutkah?
keringat yang diberi sekian lama adalah murah...... tapi pada saya ..... itu tak penting kerana apa yang saya lakukan adalah dari keiklasan hati tiada siapa yang mampu membalasnya . hanya allah saja yang dapat menilaikannya.tapi sebagai seorang manusia biasa terfikir juga betapa manusia itu mudah lupa..... tapi ..... begitu juga dalam persahabatan tiada apa yang perlu diambil terlalu personal ....yang penting kita harus faham perasaan orang lain

Sunday, July 12, 2009

jika

jika kau masihboleh berdiri diatas pertimbanganmu sementara mereka disekelilingmu telah kehilangan pendirian dan menyalahkan kamu .
jika kau masih berkeyakinan sementara mereka meragui.berikan sedikit ruang diatas keraguan mereka .
jika kau masih boleh menanti dan tidak lesu diatas penantian itu.
ditipu didalam urusan panipuan,dibenci tetapi tidak membenci.
masih tidak terlalu segak atau berbicara bijak.
jika kau bolehbermimpi dan tidak menjadikan mimpi itu satu kepastian.(sebagai tuan)
jika kau boleh berfikir dan tidak menjadikanfikiran sebagai tujuan.
kejayaan dan kegagalan dengan terbuka bersama menyedari ianya hanyalah penyamaran hayalan.
jika kau boleh menerima kebenaran dari kata-katamu diputar belitkan oleh pendusta untuk memerangkap si bodoh atuu melihat pengorbananmu didalam hidup dipatahkan lalu membina semula dengan peralatan yang usang.
jika kau boleh memilih diantara segala kejayaanmu dengan memperjudikan dengan lambungan duit dan kalah lalu bermula dari awal kembali.tanpa mengungkapkan kekalahan itu.
dan jika kau boleh mendesak hati ,jiwa ragamu untuk berkhidmat apabila sampai giliranmu walaupun ianya telah lama berlalu.
tunggu, walaupun kau tidak punya apapun hanya iman dan katakan padanya tunggu!
sekiranya kau boleh berbicara dengan orang kebanyakan tetapi masih mempunyai kemuliaanmu atau berjalan dengan seorang raja tetapi todak kehilangan asal usulmu dan tiada siapa diantara teman atau musuhdapat menyakitimu dan apabila mereka semua mengharapkanmu tetapi tidak keterlaluan dan
jika kau masih boleh memenuhi waktu-waktu yang berjalan itu dengan jarak larian 60saat dan segalanya adalah milikmu dan lebih dari itu kau seorang insan yang kamil.

Kelas cupcake di Ummi Bakery










































































































Sunday, July 5, 2009

perkara penting dalam hidup

hidup ini bagaikan satu pentas teater yang agak panjang. sedarkah kita watak apa yang kita sedang lakonkan. sedarkah kita bagaimana mood lakonan itu bertukar . tak pernah tertanyakah kita siapa diarektornya. mengapa kita diberi watak tersebut. ? adakah kita yang memilih? dan adakah kita diberi pilihan untuk memilih watak tersebut. sebagai seorang islam kita harus reda atas apapun. tapi sedarkah kita dimana kita.kalaulah kita tahu apa yang akan kita lakunkan senang kita mencari skrip yang sesuai. tapi biasanya cerita kita tak sama dengan diarektor. so hidup ini sebenarnya bagaikan berada dihujung tanduk. kita harus sentiasa sedar mati,sakit miskin ...... semuanya bila-bila masa.tapi sedarkah kita mungkin tiada hari esok untuk kita. bayangkan dimana kita esok....... jadi perlukah kita terlalu sangat terikat pada permainan teater yang hanya satu sendiwara dunia yang tiada penghujung. sanggupkah kita terlalu terbawak dengan watak teater itu..... jadi sedarlah betapa pentingnya hidup untuk mencari ...... bukan untuk berkhayal dengan ..... watak hidup kita. percayakah anda ....... sedih gembira sakit itu kita boleh tangani apabila kita tahu kita adalah sedang dalam lakonan...... jika ingin melupakan semua masalah dunia fahami dulu kata-kata ini......insyallah.anda bila faham nothing can stop you ........ingat allah

perkara penting dalam hidup



Sumbangan dari kawan cekpah...