Sunday, July 12, 2009

jika

jika kau masihboleh berdiri diatas pertimbanganmu sementara mereka disekelilingmu telah kehilangan pendirian dan menyalahkan kamu .
jika kau masih berkeyakinan sementara mereka meragui.berikan sedikit ruang diatas keraguan mereka .
jika kau masih boleh menanti dan tidak lesu diatas penantian itu.
ditipu didalam urusan panipuan,dibenci tetapi tidak membenci.
masih tidak terlalu segak atau berbicara bijak.
jika kau bolehbermimpi dan tidak menjadikan mimpi itu satu kepastian.(sebagai tuan)
jika kau boleh berfikir dan tidak menjadikanfikiran sebagai tujuan.
kejayaan dan kegagalan dengan terbuka bersama menyedari ianya hanyalah penyamaran hayalan.
jika kau boleh menerima kebenaran dari kata-katamu diputar belitkan oleh pendusta untuk memerangkap si bodoh atuu melihat pengorbananmu didalam hidup dipatahkan lalu membina semula dengan peralatan yang usang.
jika kau boleh memilih diantara segala kejayaanmu dengan memperjudikan dengan lambungan duit dan kalah lalu bermula dari awal kembali.tanpa mengungkapkan kekalahan itu.
dan jika kau boleh mendesak hati ,jiwa ragamu untuk berkhidmat apabila sampai giliranmu walaupun ianya telah lama berlalu.
tunggu, walaupun kau tidak punya apapun hanya iman dan katakan padanya tunggu!
sekiranya kau boleh berbicara dengan orang kebanyakan tetapi masih mempunyai kemuliaanmu atau berjalan dengan seorang raja tetapi todak kehilangan asal usulmu dan tiada siapa diantara teman atau musuhdapat menyakitimu dan apabila mereka semua mengharapkanmu tetapi tidak keterlaluan dan
jika kau masih boleh memenuhi waktu-waktu yang berjalan itu dengan jarak larian 60saat dan segalanya adalah milikmu dan lebih dari itu kau seorang insan yang kamil.

No comments:

Post a Comment



Sumbangan dari kawan cekpah...