Tuesday, December 15, 2009

keyakinan

saya mempunyai hobi yang pelik .saya suka pada kanak -kanak dan kadang-kala saya akan berkelakuan seperti umur sebaya dengan kanak-kanak. tapi sebenarnya saya seorang yang garang. yang menjadi topic hari ini adalah saya suka melihat telatah kanak-kanak. saya merasakan sukup terhibur dengan keletah mereka. percaya atau tidak dari hobi yang pelik ini saya bagaikan belajar sesuatu .... tapi ia satu anugerah saya dapat merasakan kebahgian dan keyakinan yang penuh ... bila bersama dengan mereka ini dan saya tak pernah merasakan diri ini terkonkong sebab saya lepaskan perangai keanakan saya ketika bersama kanak -kanak. cuba le jangan malu menjadi kanak -kanak .kita layan kanak-kanak hati kita terhibur. ada orang rasa diri dah tua tak boleh buat itu dan ini.tapi pada saya kenapa tak boleh saya bebas lakukan apa saja dengan kanak-kanak. enjoy. tapi sikap saya yang begitu tapi saya masih mengajar kanak-kanak tersebut erti famili kasih sayamg dan macam-macam .cukup terhibur.

Sunday, November 1, 2009

nasihat

hidup ini penuh dengan keinginan(nafsu)
bagaimana kita boleh menahan ia dari bermain dalam hidup
bersikap sederhana dalam kehidupan
jangan terlalu membazir
berfikir dahulu sebelum membuat pilihan
jangan terburu-buru
dan yang paling penting ,fikir adakah kehendak itu diizinkan dan berbaloi

Sunday, October 25, 2009

PENGAJARAN DALAM KEHIDUPAN

Hari ini aku belajar satu pelajaran baru dalam hidup.
dalam menuntut ilmu kita hendaklah patuh dan taat serta percaya 100 peratus kepada tok guru kita.Kita tak boleh ada keraguan pada tok guru tersebut.
begitu juga dalam hidup berumah tangga kita mesti yakin pada nakhoda kita.
Bila sudah yakin maka senanglah datang ketaatan itu,tapi bila kita ada keraguan maka datanglah pelbagai keretakan dalam rumahtangga tersebut.
hidup perlulah ada agama
hidup perlulah ada adat
hidup perlu ada prinsip
hidup perlu ada sikap tolak ansur
hidup perlulah ada simpati
hidup perlu ada kasih sayang
hidup perlu ada kemaafan
hidup perlu ada give n take

Sunday, September 27, 2009

ALMUBARAK

Salam mubarak saya ucapkan kepada pembaca blog ini
mubarak telah berlalu suasananya agak suram tahun ini....rasanya ia tak semeriah tahun-tahun sudah... ada yang aku terkilan tetapi entahlah.... aku puntak tahu apa yang aku miss sangat-sangat lauk pauk sama aja . baju baru pun sama. tapi aku rasa suasana tahun ini agak hambar.
aku dapat merasakan kedukaan pada insan-insan yang dekat denganku.
tapi apa aku mampu buat hanya mampu mengembirakan mereka.
itu satu ada lagi satu yang amat aku sedih tahun ini malam seribu bulan yang aku hajati dari aku kecil hingga kini ... hilang begitu saja... tiap malam aku menunggu malah ada juga yang bagi petua dan kiraan hari malam itu tapi ia bukan rezeki aku untuk bertemu.
malah tahun ini aku masih lagi tewas dalam kerinduanku bersama kekasih.
jika dipanjangkan umur dan murah rezeki tahun depan masih ada untukku. insyallah.

Monday, August 24, 2009

RAMADAN AL MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN DIHARAP PADA BULAN INI KITA DIBERI PELUANG

UNTUK BERAMAL DAN MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH.
PADA KEBIASAANYA KAUM HAWALAH YANG SIBUK MEMBUAT PELBAGAI PERSIAPAN UNTUK HARIRAYA TAPI INGATLAH JANGAN TERLALU OVER.
pada pandangan saya kita telah salah membuat tradisi,sepatutnya dibulan puasa kita mengawal nafsu .tapi kita telah ikutkan nafsu contohnya nafsu makan ..... banyak pembaziran kita lakukan dengan membeli pelbagai juadah berbuka.walhal mengikut sunnah cukup hanya memakan kurma sahaja. tapi kita makan hingga kita tak boleh membuat amal kerana terlalu kenyang...
cuba fikirkan betulkah cara kita menjalani ibadat puasa ini.

h1n1

hari ini semua orang sibuk dengan penyakit H1N1 .penyakit yang dulunya dipandang sebagai biasa sekarang telah meragut banyak nyawa. dulu warga melayu ambik tak endah aja penyakit ini kononnya penyakit ini hanya menyerang golongan makan khinzir.Tapi ternyata itu semua salah ramai dari golongan yang tak makan khinzir banyak yang mati.
pada pandangan saya penularan penyakit ini adalah berpunca dari sikap kita sendiri (manusia) yang memang mengambil mudah atas semua perkara.
malah kerajaan pun tak betul-betul mengawal penularannya. Malah penjelasan pun baru sekarang menampakkan kesungguhan . ADAKAH setelah jumlah korban yang tinggi baru kita nak pandang ini adalah penyakit BERBAHAYA.pada saya penyakit ini tak akan begitu cepat penularannya jika kerejaan dan kita sendiri cepat mengamalkan sikap perihatin.

Tuesday, August 4, 2009

keadilan

aku merasakan dimana keadilan ..... bertanya aku mengapa begitu dan begini..... bila dan bagaimana....... tapi apa yang aku pasti itu adalah satu jawaban yang aku sendiri tak mengerti.
aku tahu aku tiada daya untuk memperbetulkan keadaan dan memberi hukuman siapalah aku....
aku ni hanya seorang hamba yang seratus peratus memdambakan kasih sayang darinya tanpa meragui apapun yang bakal diberi dan diterima...
aku hamba yang selalu dalam ketakutan yang tiada apa daya hanya mengharapkan restu darinya.
hari ini aku terlalu sedih pelbagai cerita dan kisah yang hanya mampu aku dengar tapi apa yang mampu aku katakan hanyalah sabar..... apa dayaku cuma itu saja......sabar menempuh dugaan yang diberikan.
cuma aku tahu dan terlalu yakin dia tak zalim kepada hambanya. dan balasan itu bakal diberi setimpa.... bagaimana dan bila dia saja yang mengetahui.
tapi apayang aku tahu manusia adalah insan yang mudah lupa. tamak penuh bernafsu.....
dan hilang pertimbangan.... sedarlah ... insaflah.... sebelun terlambat.
kita adalah hamba yang daif hidup atas dasar pemberian yang tinggi .... tapi lupa kita adalah insan yang tak punya apa... dimanakah kita sebelum ini..... dan lihatlah bayi yang baru lahir kita dulu sama tak boleh bergarak dan berkata-kata. bila kita ada kekuatan kita lupa siapa dibelakang kita. selamilah sedarlah sebelu kita menjadi lupa dan kejam seperti manusia lain.

Thursday, July 30, 2009

kehidupan

ada orang buta ... tapi dia boleh berjalan dalam gelap .
ada orang celik.... tapi buta alam baginya gelap.
ada orang bijak..... tapi dalam hidup bodoh.
ada orang bodoh.... tapi hidup bijak mengatur hidup.
ada orang kaya...... tapi miskin papa jiwa.
ada orang miskin ... tapi kaya jiwa.
ada orang cantik..... tapi buruk akhlak
ada orang buruk ..... tapi jiwanya bersih.
apa pun yang diberi pada kita oleh pencipta kaya ,miskin buta atau celik. yang penting bagaimana kita mengucapkan syukur atas pemberian yang tak ternilai (hidup)
apakah ada kuasa untuk memilih .....
apakah kita ada kuasa untuk berkata-kata.......
apakah kita ada kuasa untuk mendengar.......
apakah kita ada kuasa untuk melihat.......
apakah kita ada kuasa untuk berkuasa.....
kita tiada pilihan ........
kita adalah hamba

Monday, July 27, 2009

jasa

kadang-kadang kita rasa kita terlalu berjasa, biarpun jasa yang ditabur sekulit cuma. pelbagai balasan yang ingin kita perolehi, tapi kita tak sedar adakah jasa yang ditabur itu amat berguna kepada sipenerima. adakah itu adalah andaian kita.
kenapa begitu cepat kita inginkan balasan ..... adakah balasan itu dari orang..... tak mungkin yang sebaik balasan adalah dari allah.
kadang kita sedih kerana apa yang kita taburkan hanya cemuhan yang kita terima..... patutkah?
keringat yang diberi sekian lama adalah murah...... tapi pada saya ..... itu tak penting kerana apa yang saya lakukan adalah dari keiklasan hati tiada siapa yang mampu membalasnya . hanya allah saja yang dapat menilaikannya.tapi sebagai seorang manusia biasa terfikir juga betapa manusia itu mudah lupa..... tapi ..... begitu juga dalam persahabatan tiada apa yang perlu diambil terlalu personal ....yang penting kita harus faham perasaan orang lain

Sunday, July 12, 2009

jika

jika kau masihboleh berdiri diatas pertimbanganmu sementara mereka disekelilingmu telah kehilangan pendirian dan menyalahkan kamu .
jika kau masih berkeyakinan sementara mereka meragui.berikan sedikit ruang diatas keraguan mereka .
jika kau masih boleh menanti dan tidak lesu diatas penantian itu.
ditipu didalam urusan panipuan,dibenci tetapi tidak membenci.
masih tidak terlalu segak atau berbicara bijak.
jika kau bolehbermimpi dan tidak menjadikan mimpi itu satu kepastian.(sebagai tuan)
jika kau boleh berfikir dan tidak menjadikanfikiran sebagai tujuan.
kejayaan dan kegagalan dengan terbuka bersama menyedari ianya hanyalah penyamaran hayalan.
jika kau boleh menerima kebenaran dari kata-katamu diputar belitkan oleh pendusta untuk memerangkap si bodoh atuu melihat pengorbananmu didalam hidup dipatahkan lalu membina semula dengan peralatan yang usang.
jika kau boleh memilih diantara segala kejayaanmu dengan memperjudikan dengan lambungan duit dan kalah lalu bermula dari awal kembali.tanpa mengungkapkan kekalahan itu.
dan jika kau boleh mendesak hati ,jiwa ragamu untuk berkhidmat apabila sampai giliranmu walaupun ianya telah lama berlalu.
tunggu, walaupun kau tidak punya apapun hanya iman dan katakan padanya tunggu!
sekiranya kau boleh berbicara dengan orang kebanyakan tetapi masih mempunyai kemuliaanmu atau berjalan dengan seorang raja tetapi todak kehilangan asal usulmu dan tiada siapa diantara teman atau musuhdapat menyakitimu dan apabila mereka semua mengharapkanmu tetapi tidak keterlaluan dan
jika kau masih boleh memenuhi waktu-waktu yang berjalan itu dengan jarak larian 60saat dan segalanya adalah milikmu dan lebih dari itu kau seorang insan yang kamil.

Kelas cupcake di Ummi Bakery










































































































Sunday, July 5, 2009

perkara penting dalam hidup

hidup ini bagaikan satu pentas teater yang agak panjang. sedarkah kita watak apa yang kita sedang lakonkan. sedarkah kita bagaimana mood lakonan itu bertukar . tak pernah tertanyakah kita siapa diarektornya. mengapa kita diberi watak tersebut. ? adakah kita yang memilih? dan adakah kita diberi pilihan untuk memilih watak tersebut. sebagai seorang islam kita harus reda atas apapun. tapi sedarkah kita dimana kita.kalaulah kita tahu apa yang akan kita lakunkan senang kita mencari skrip yang sesuai. tapi biasanya cerita kita tak sama dengan diarektor. so hidup ini sebenarnya bagaikan berada dihujung tanduk. kita harus sentiasa sedar mati,sakit miskin ...... semuanya bila-bila masa.tapi sedarkah kita mungkin tiada hari esok untuk kita. bayangkan dimana kita esok....... jadi perlukah kita terlalu sangat terikat pada permainan teater yang hanya satu sendiwara dunia yang tiada penghujung. sanggupkah kita terlalu terbawak dengan watak teater itu..... jadi sedarlah betapa pentingnya hidup untuk mencari ...... bukan untuk berkhayal dengan ..... watak hidup kita. percayakah anda ....... sedih gembira sakit itu kita boleh tangani apabila kita tahu kita adalah sedang dalam lakonan...... jika ingin melupakan semua masalah dunia fahami dulu kata-kata ini......insyallah.anda bila faham nothing can stop you ........ingat allah

perkara penting dalam hidup

Monday, June 29, 2009

sibuk

almaklum le teman ni memang ditakdirkan dijadikan utk menjadi tukang sibuk. terima kasih cek ucapkan pada semua teman maya karana sudi melayan cek. buat teman mentor lieza yang b bersusah payah membuat blog.cek.tima kasih.harap ramai lagi teman yang ingin berkenalan dengan cek.

Tuesday, June 23, 2009

esok.

hari ini bukan untuk esok dan esok bukan untuk semalam ,semalam bukan untuk diingati. hidup adalah hari ini .semalam sudah tiada lagi esok ..... jangan dijanjikan atau dirancang ..... semuanya kelam ....... penuh dengan debaran.pernahkan kita takut untuk menghadapi hari esok ....................kita akan takut kerana dalam bayangan dan gambaran harapan dan harapan yang begitu tinggi hakikat ....... esok sebenarnya adalah subjek ..... belum pasti.

Sunday, June 21, 2009

manusia.

yang bertuan tapi tak bertuhan ,kekadang kita merasakan diri ini sudah cukup baik jika kita telahberjasa atau kita menyempurnakan ibadat-ibadat tertentu. tapi sedarkah kita jika terdetik perasaan lebih baik itu sudah menjauhkan diri kita dari yang maha esa pernah kita terfikir pujian itu kekadang membuat kita lagi terpesong . cuba selami kata-kata ini.

Friday, June 19, 2009

welcome...

Assalamualaikum....
Saya baru kat sini,sila beri comment dan tunjuk ajar...


Sumbangan dari kawan cekpah...